Zionis tangkap pemimpin Pergerakan Islam di Umm al-Fahm

UMM AL-FAHM, 2 Apr 2017 (PIC) — Polis Zionis awal pagi tadi menangkap pemimpin kanan Pergerakan Islam, Suleiman Aghbariya, dari rumahnya di kota Umm al-Fahm.

Puluhan orang polis menyerbu dan memecah masuk rumah beliau, mendakwa tangkapan dibuat sebagai proses soal-siasat, tanpa memberi sebarang maklumat lanjut.

Minggu lalu, empat aktivis Pergerakan Islam ditangkap. Polis turut mengeluarkan perintah melarang sebarang siaran berita tentang penangkapan aktivis Pergerakan Islam.

Pergerakan Islam dan aktivisnya terkenal dengan kempen secara aman mempertahankan al-Quds dan Masjid al-Aqsa daripada pencabulan rejim Zionis dan kaum Yahudi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts