Zionis tawar pelancong rasai pengalaman menembak penduduk Palestin

LONDON, 11 Juli 2017 (MEMO) — Anda ingin merasai pengalaman menembak penduduk Palestin? Rejim Zionis telah membina sebuah simulator tentera yang menawarkan pengalaman menembak penduduk Palestin di kem “anti-keganasan” di Tebing Barat kepada pelancong luar.

Simulasi tersebut membenarkan pelancong beraksi sebagai seorang tentera dalam beberapa situasi, dari kejadian letupan di pasar kota al-Quds, serangan menikam, hinggalah pertandingan menembak tepat.

Simulasi tersebut dibina di enam lokasi, semuanya menggunakan peluru hidup. Bekas-bekas pegawai tentera Zionis dilantik menjadi pelatih kemahiran menembak di lokasi-lokasi tersebut.

Kem “Caliber 3” yang dibina di kawasan sebuah penempatan haram Yahudi turut menawarkan demonstrasi bagaimana pasukan anjing polis Zionis menangkap seorang “penyerang [penduduk Palestin].” Seramai 25,000 pengunjung dijangka melawat Caliber 3 setiap tahun, terutamanya pelacong dari Amerika, Brazil, Argentina, Perancis, Itali, Russia dan China.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts