Zionis tekan para tahanan, kurung pemimpin Hamas secara berasingan

JENIN, 22 Sep 2016 (PIC) — Pihak perkhidmatan penjara Zionis (IPS) memindah pemimpin Hamas Jamal Abu al-Heija ke dalam kurungan berasingan di penjara Eshel di kota Beer Sheba sebagai langkah untuk memberi tekanan dan mengekang tahanan Hamas.

Jamal dikurung berseorangan secara terasing berikutan tindakan beliau membantah penganiayaan IPS ke atas tahanan Palestin. Pemimpin yang berasal dari Jenin itu sedang menjalani hukuman sembilan kali penjara seumur hidup.

IPS kebelakangan ini memindah para tahanan ke penjara yang berbeza-beza dalam keadaan meletihkan dan tertekan, sebagai perang psiko-fizikal ke atas mereka.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts