Zionis tekan UNESCO supaya batalkan resolusi berkaitan al-Aqsa

AL-QUDS, 16 Okt 2016 (PIC) — Pengerusi Lembaga Eksekutif UNESCO, Michael Worbs, berkata mereka memerlukan masa dan dialog lanjutan untuk membuatkan keputusan tentang resolusi yang menafikan kaitan sejarah al-Aqsa dengan kaum Yahudi.

Undian telah dibuat oleh 58 ahli Suruhanjaya Program dan Hubungan Luar UNESCO pada hari Khamis lalu. Bagaimanapun undian tersebut perlu mendapat pengesahan oleh Lembaga Eksekutif UNESCO, yang dijadualkan pada hari Selasa.

Jumaat lalu, Menteri Pendidikan Zionis Naftali Bennett mengecam resolusi terseut dan mengarah jawatankuasa Zionis di UNESCO supaya membekukan hubungan dengan badan dunia itu.

Ketua Pengarah UNESCO, Irina Bokova, juga mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam resolusi tersebut sambil menegaskan bahawa al-Quds adalah kota suci bagi tiga agama – Yahudi, Kristian dan Islam.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts