Zionis Temui Mayat Tiga Peneroka Hilang

HebronGushAL-KHALIL, 1 Julai 2014 (PNN | Haaretz) — Tentera Zionis mendakwa mereka telah menemui mayat tiga peneroka Yahudi yang hilang sejak tiga minggu lalu.

Tentera dikerahkan ke kawasan utara dan barat bandar Al-Khalil. Kawasan Al-Khalil dan Halhoul kini diisytiharkan sebagai kawasan larangan tentera. Beberapa pertempuran di antara pemuda Palestin dan tentera Zionis dilaporkan berlaku di Halhoul.

12 Jun lalu, tiga peneroka Yahudi dilaporkan hilang berdekatan penempatan Yahudi di Gush Etzion di Tebing Barat. Perdana Menteri Zionis, Benjamin Netanyahu, mendakwa mereka telah diculik oleh Hamas dan melancarkan operasi mencari besar-besaran. Beberapa rakyat Palestin terbunuh dan ratusan rakyat Palestin ditangkap dalam operasi tersebut. Hamas menafikan tuduhan Netanyahu itu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts