Zionis Terus Abaikan Hak Tanahan Muslimat

RAMALLAH, 3 Nov 2014 (WAFA) — Jawatankuasa Urusan Tahanan semalam mendakwa bahawa 17 orang tahanan muslimat Palestin di penjara Hasharon terus berhadapan dengan layanan buruk dan keadaan penjara yang teruk.

Hanan al-Khateeb, seorang peguam di dalam jawatankuasa tersebut melaporkan para tahanan dinafikan daripada mendapat kain selimut walaupun berada dalam kesejukan dan tidak diberikan rawatan perubatan.

Pihak pentadbiran penjara Zionis mengharamkan selimut dan pakaian sejuk di bawa masuk dari luar, tetapi membenarkan para tahanan membeli dari kedai penjara. Selimut di situ dijual dengan harga yang terlalu mahal dan kualitinya yang rendah tidak sesuai untuk kegunaan di musim sejuk.

Tahanan juga sengaja dibiarkan tanpa rawatan perubatan, di samping tidak dibenarkan mendapat lawatan dari ahli keluarga sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Sekitar 1,500 tahan Palestin di penjara Zionis sedang menanggung pelbagai penyakit, di mana 80 orang daripadanya adalah pesakit kritikal yang tidak diberi rawatan yang diperlukan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts