Zionis Terus Serang Penduduk Awam, 108 Orang Terkorban

108GAZA, 12 Julai 2014 (Ma’an | IMEMC) — 18 penduduk Gaza terkorban dalam serangan sejak tengah malam Jumaat, menjadikan angka keseluruhan mangsa pembunuhan tentera Zionis kepada lebih 100 orang.

Serangan terkini di Deir al-Balah telah mengorbankan dua penduduk dan mencederakan 16 yang lain. Manakala dalam serangan di kejiranan al-Nizar di daerah al-Shujaiyya di Gaza City, dua orang terkorban.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Dr Ashraf al-Qidra, menyatakan jumlah korban sejak bermulanya kempen serangan adalah 108 orang dan bilangan kecederaan kini mencecah sekitar 700 orang.

Tentera Zionis bukan sahaja terus menyasarkan rumah penduduk awam, tetapi juga kenderaan. Dalam kejadian di tengah Gaza, pekerja Majlis Perbandaran Mazen Aslan dan Shahraman Abu Kas serta seorang kanak-kanak lima tahun terkorban apabila kereta mereka menjadi sasaran serangan.

Dalam kejadian di kejiranan al-Zaytoun, tujuh orang tecedera apabila jet tentera Zionis menembak para jemaah yang sedang keluar dari sebuah masjid.

Sebuah apartmen lima tingkat di Gaza City turut menjadi sasaran, mengorbankan seorang penduduk, Anas Abu al-Kas.

Lebih 300 buah rumah musnah atau rosak teruk dan lebih 2,000 penduduk Gaza kini kehilangan tempat tinggal. Sebanyak 1090 lokasi menjadi sasaran serangan bom Zionis setakat ini.

 

TERKINI:

Serangan pagi ini telah mengorban empat lagi penduduk di Jabaliyya di utara Gaza. Dua orang tercedera parah.

Manakala dua orang lagi terkorban dalam serangan di Deir al-Balah, menjadikan jumlah korban setakat ini seramai 114 orang.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts