Zionis teruskan operasi mengesan terowong dan menanam pokok di sempadan Gaza

NAZARET, 22 Mei 2016 (PIP) — Tentera penjajah Zionis masih meneruskan operasi mengesan terowong bawah tanah di pinggiran timur Gaza.

Mereka turut menanam pokok-pokok di sepanjang pagar keselamatan untuk cuba mengurangkan serangan ke tas kenderaan-kenderaan pendatang Yahudi. Pihak tentera Zionis bimbang bahawa penemuan terowong boleh membuatkan para mujahidin menembak roket ke arah kawasan penempatan Yahudi berdekatan sempadan.

Pihak tentera penjajah mendakwa mereka akan menceroboh masuk wilayah apabila diperlukan, sambil menegaskan mereka tidak pernah membuat sebarang perjanjian gencatan senjata dengan Hamas, dan pasukan mereka berundur dari wilayah Gaza adalah kerana operasi di dalam wilayah tersebut telahpun berakhir.

Sedangkan jelas sekali serangan ke atas penduduk Gaza pada musim panas tahun 2014 dihentikan setelah perjanjian gencatan senjata yang dibuat melalui kerajaan Mesir.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts