Zionis timbus kubur di tanah perkuburan Bab al-Rahma

AL-QUDS, 1 Nov 2016 (PIC) — Pasukan polis dan tentera Zionis pagi tadi mengiringi pegawai Jabatan Antikuiti menceroboh masuk tanah perkuburan Islam Bab al-Rahma di kota al-Quds dan menimbus lapan liang kubur dengan pasir.

Menurut Ketua Jawatankuasa Perkuburan Islam, Sheikh Mustafa Abu Zahra, lapan liang kubur tersebut siap digali sebagai persediaan bagi pengkebumian jenazah penduduk Islam.

Jabatan Antikuiti Zionis mendakwa tanah perkuburan tersebut adalah milik mereka, sungguhpun terdapat dokumen dan fakta sejarah yang mengesahkan tanah tersebut sebagai milik penduduk Islam sejak lebih 1,400 tahun lalu.

Jabatan Antikuiti telahpun merampas sebahagian daripada kawasan tanah perkuburan yang terletak bersebelahan tembok timur Masjid al-Aqsa itu pada bulan September 2015, untuk membina sebuah taman khusus bagi pendatang Yahudi yang tinggal di pos-pos penempatan haram di seluruh wilayah al-Quds yang terjajah.

Pada masa yang sama, penduduk Islam dilarang mengkebumi ahli keluarga mereka di tanah perkuburan itu.

Tanah perkuburan Bab al-Rahma merupakan tempat bersemadi tiga orang sahabat Rasulullah SAW, iaitu Obada Bin Al-Samet, Shadad Bin Aous Al-Ansari, dan Thabet Thou Al-Asabe’ Al-Tamimi.

 

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts