Zionis Tuntut Kos Rawatan Keluarga Dawabsheh

RAMALLAH, 3 Dis 2015 (PIC) — Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan bahawa Hospital Tel HaShomer menuntut pembayaran kos bagi rawatan Ahmad Dawabsheh yang cedera parah apabila rumah keluarganya di Nablus dibakar oleh pendatang Yahudi lima bulan lalu.

Kementerian turut menafikan dakwaan ketua pentadbiran awam Zionis, Yoav Mordechai, bahawa rejim Zionis menanggung semua kos terbabit.

Pada 25 Oktober lalu, hospital berkenaan menuntut supaya kementerian membayar kos rawatan Ahmad yang dianggarkan sebanyak 259,643 shekel (RM284,350). Kementerian juga terpaksa membayar kos bagi menyediakan sebuah topeng perubatan, atas tuntutan pihak hospital.

Manakala pada 6 Oktober, pihak hospital menuntut kementerian supaya membayar 216,754 shekel (RM237,400) bagi kos rawatan untuk ibuanya, Reham, yang telah meninggal dunia pada 7 September akibat kecederaan yang dialami dalam insiden yang sama.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa Zionis semalam membebaskan dua pendatang Yahudi, Hanoch Ganiram dan Elisha Odess, yang didakwa terlibat merancang dan membakar rumah Dawabsheh yang mengorbankan ayah, ibu dan adik Ahmad.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts