Zionis tutup Jabatan Pemetaan dan Geografi di al-Quds

AL-QUDS, 14 Mac 2017 (PIC) — Polis Zionis pagi tadi menyerbu dan kemudian menutup Jabatan Sistem Maklumat Pemetaan dan Geografi di Persatuan Pengajian Arab yang terletak di kejiranan Beit Hanina di utara al-Quds, serta menangkap pengarahnya Khalil Tufakji, merampas komputer, peralatan serta dokumen dan merosakkan harta persatuan tersebut.

Menteri Keselamatan Zionis Gilad Erdan dilaporkan supaya jabatan tersebut ditutup selama enam bulan. Beliau menuduh jabatan tersebut membuat kajian khusus berkaitan isu tanah dalam wilayah Palestin termasuk memantau perkembangan penempatan haram, serta pengukuran dan rampasan tanah yang dilakukan oleh Yahudi.

Khalil disoal-siasat selama beberapa jam sebelum akhirnya dibebaskan.

Persatuan Pengajian Arab ditubuhkan dan didaftar di bawah undang-undang Zionis sebagai sebuah institusi awam pada tahun 1980. Ia menganjurkan syarahan, persidangan serta mempunyai sebuah perpustakaan awam.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts