Zionis tutup jalan ke perkampungan Badwi, halang 100 kanak-kanak ke sekolah

BEIT LAHM, 12 Jun 2017 (Maan) — Rejim Zionis memasang rel penghadang di sebatang lebuhraya bagi menyekat pergerakan masyarakat Badwi Umm Gidoun di selatan negara haram itu selama beberapa hari, menghalang 100 kanak-kanak ke sekolah.

Rejim Zionis mengepung masyarakat Umm Gidoun, salah satu perkampungan Badwi di Gurun Naqab yang tidak diiktiraf oleh rejim penjajah, dengan menutup jalan tanah merah yang merupakan satu-satunya laluan menghubungkan mereka ke Lebuhraya 31.

Oleh kerana tidak terdapat sekolah di Umm Gidoun, 100 orang kanak-kanak yang belajar di perkampungan al-Furaa, sekitar 15 kilometer dari perkampungan mereka, tidak dapat ke sekolah selama beberapa hari.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts