AL-QUDS, 23 Ogos 2016 (PIC) — Tentera Zionis menutup dua daripada tiga laluan masuk ke bandar Hizma di timur laut al-Quds untuk tempoh sebulan.
Pihak Zionis mendakwa tindakan tersebut dibuat bagi menghalang penduduk membaling batu ke arah pendatang Yaudi dan kenderaan mereka.
Penutupan tersebut menghalang pergerakan penduduk Palestin dan memberi kesan buruk kepada kegiatan ekonomi mereka.
Penduduk bagaimanapun mengecam tindakan tersebut, kerana penutupan laluan di situ tidak ada kaitan langsung dengan langkah mengurangkan kes membaling batu. “Penutupan ini adalah satu hukuman ke atas 8,000 penduduk yang tingal di bandar ini, walaupun kebanyakan mereka tidak ada kena mengena dengan kejadian membaling batu,” kata Yadin Elma, jurucakap pusat Hamoked.