Zionis Tutup Masjid Ibrahimi

masjid-ibrahimi-2AL-KHALIL, 8 Okt 2014 (Ma’an) — Tentera Zionis menghalang para jemaah daripada memasuki Masjid Ibrahimi dari pagi Ahad hingga Isnin malam bagi memberi laluan masuk kepada Yahudi memasuki masjid tersebut sempena hari perayaan Sukkor.

Pejabat Kementerian Wakaf dan Warisan Palestin di Al-Khalil memaklumkan bahawa pihak Zionis telah mengeluarkan notis penutupan tersebut kepada ketua penjaga Masjid Ibrahimi. Timbalan Pengarah Kementerian, Jamil Abu Dawood berpendapat bahawa keputusan sebelah pihak Zionis tersebut merupakan satu “serangan terhadap rumah Allah itu dan menyakitkan perasaan umat Islam.”

Majid Ibrahimi yang juga dikenali oleh kaum Yahudi sebagai “Cave of the Patriachs” telah menyaksikan tragedi pembunuhan 29 orang ahli jemaah oleh seorang pelampau Yahudi, Baruch Goldstein, dalam bulan Ramadhan pada 25 Februari 1994. Seramai 125 ahli jemaah yang lain tercedera apabila mereka ditembak secara rambang ketika sedang bersujud dalam solat Subuh. Berikutan insiden tersebut, pihak Zionis membahagikan masjid kepada dua kawasan. Satu kawasan untuk digunakan sebagai masjid dan satu kawasan lagi sebagai sinagog. Mereka juga menetapkan hari-hari tertentu yang berbeza di antara Muslim dan Yahudi untuk memasuki masjid Ibrahimi.

September lalu, sebanyak 60 kali panggilan azan diharamkan oleh rejim Zionis atas alasan mengganggu penduduk sekitar.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts