AL-QUDS, 16 Okt 2016 (WB) — Rejim Zionis menutup semua lintasan di sempadan wilayah Tebing Barat dan Gaza sempena perayaan Sukkot yang bermula petang ini sehingga Ahad minggu hadapan.
Langkah keselamatan juga ditingkatkan di al-Quds.
Sempena perayaan Yom Kippur minggu lalu, tentera Zionis menyekat pergerakan penduduk Palestin dengan membina sekatan jalan di antara kawasan barat dan timur al-Quds sehingga mencetus beberapa pertempuran.