Zionis tutup stesen TV al-Jazeera di al-Quds

AL-QUDS, 6 Ogos 2017 — Rejim penjajah Zionis hari ini menutup pejabat stesen TV al-Jazeera di kota al-Quds dan membatalkan semua tauliah media kepada jurnalisnya.

Bulan lalu, pemimpin Zionis Benjamin Netanyahu mendakwa al-Jazeera sebagai “mencetus kekacauan” dengan membuat liputan tentang ketegangan di al-Quds berikutan sekatan yang dikenakan di Masjid al-Aqsa.

“Saya beberapa kali merayu supaya pihak berkuasa menutup pejabat al-Jazeera di al-Quds,” kata Netanyahu. “Jika ianya suatu yang tidak munasabah kerana halangan undang-undang, saya akan menggubal undang-undang yang akan dapat menghalau al-Jazeera keluar dari Israel.”

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts