Zionis ugut potong bekalan air ke Jenin

JENIN, 12 Jun 2016 (PIC) — Pihak perbandaran Jenin menyatakan kebimbangan terhadap ugutan rejim Zionis memotong bekalan air ke kota tersebut sebagai hukuman secara kolektif ke atas penduduk Palestin.

Datuk Badar Ragheb Nader Haj Hassan dalam kenyataan media beliau menyebut bahawa syarikat bekalan air Zionis, Merokot, akan memotong bekalan air pada bila-bila masa tanpa memberi amaran awal, dalam keadaan penduduk berhadapan dengan cuaca melampau musim panas.

Sejak beebrapa tahun lalu, Jenin berhadapan dengan krisis bekalan air terutamanya di musim panas akibat sekatan-sekatan yang dikenakan oleh syarikat Merokot.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts