AL-QUDS, 17 Ogos 2016 (PIP) — Pihak bandaran Zionis yang diiringi oleh pasukan tentera lengkap bersenjata hari ini menyerbu masuk kompleks Abu Nawwar di timur kota al-Quds dan menyerahkan notis arahan menghancurkan rumah-rumah masyarakat Badwi Palestin di situ.
Rata-rata setiap rumah di situ dihuni oleh tujuh hingga lapan ahli keluarga. Rumah-rumah mereka diancam dan kebun-kebun dirampas untuk tujuan pembangunan atau perluasan kawasan penempatan haram Yahudi, khususnya penempatan Maale Adumim yang dibina di atas tanah penduduk perkampungan Izariyah dan Abu Deis.