Zionis umum rancangan penempatan semula masyarakat Badwi Palestin di Gurun Naqab

BEIT LAHM, 26 Julai 2016 (Maan) — Rejim Zionis semalam mengumumkan rancangan membina bandar baharu bagi masyarakat Badwi Palestin di Gurun Naqab, sebagai langkah meredakan tekanan dari pertubuhan hak asasi dan masyarakat antarabangsa.

Bandar tersebut akan dibina di selatan Segev Shalom, iaitu sebuah bandar masyarakat Badwi sedia ada, di mana sekurang-kurangnya 7,000 masyarakat Badwi dari perkampungan Wadi al-Naam akan dipindahkan.

Cadangan tersebut bagaimanapun dikecam oleh pertubuhan hak asasi, kerana ia akan membenarkan pihak Zionis merampas tanah dan memaksa penduduk Badwi meninggalkan tanah mereka itu bagi memberi laluan kepada pembinaan bandar khusus untuk pendatang Yahudi.

Wadi al-Naam adalah salah satu daripada 35 perkampungan Badwi yang tidak diiktiraf oleh pihak rejim.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts