AL-QUDS, 11 Apr 2016 (PIP) — Pihak polis penjajah Zionis mengeluarkan arahan deportasi kepada tujuh wanita al-Quds dari Masjid al-Aqsa untuk tempoh sehingga enam bulan.
Tujuh wanita yang merupakan murabitat al-Aqsa itu diarah hadir ke balai polis Qasyla di al-Quds, di mana sebahagian daripada mereka diserahkan surat deportasi. Mereka bagaimanapun enggan menandatangani atau menerima surat tersebut.
Pada bulan Ramadan tahun lalu, pihak rejim penjajah mulai mengenakan undang-undang deportasi untuk mengusir Muslimat secara beramai-ramai dari dalam masjid ketiga paling suci bagi umat Islam itu, khususnya di waktu pagi bilamana para pendatang Yahudi giat menceroboh masuk.
Setiap hari, sekitar 500 pelajar perempuan di pusat-pusat pengajian dalam Masjid al-Aqsa turut dicegah memasuki masjid.
Rejim Zionis bertindak demikian bagi membersihkan kawasan masjid daripada orang Islam, bagi memberi laluan kepada pelampau Yahudi menceroboh masuk melaksanakan ritual mereka tanpa sebarang gangguan atau tekanan daripada orang Islam di dalam masjid suci itu.