Zionis usul undang-undang haramkan rakaman sesi soal siasat

BEIT LAHM, 24 Jun 2016 (Maan) — Kementerian Keselamatan Zionis mengusulkan satu undang-undang baharu bagi menghalang rakaman ke atas sesi soal siasat kerana bimbang rakaman seperti itu akan “jatuh ke tangan kumpulan pengganas untuk mempelajari teknik soal siasat.”

Undang-undang Zionis yang diluluskan pada tahun 2003 menetapkan pihak polis supaya membuat dokumentasi semua sesi soal siasat, termasuk secara visual.

Seramai 700 kanak-kanak Palestin ditangkap setiap tahun, di mana mereka berhadapan dengan kekejaman pihak tentera ketika di soal siasat. Ada yang dipukul sehingga patah tulang ketika disoal siasat dalam tahanan tentera Zionis.

Menurut pertubuhan hak asasi Addameer, sejumlah 414 orang kanak-kanak ditahan dalam penjara Zionis sehingga bulan Mei lalu. Seramai 104 daripada mereka adalah dibawah umur 16 tahun.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts