Pelajar Warga Arab Palestin Wajib Nyanyikan Lagu Kebangsaan Israel

3 Sept – Satu keputusan telah dibuat oleh Menteri Pendidikan Israel bahawa seluruh pelajar Palestin akan dipaksa untuk menyanyikan lagu-lagu kebangsaan Israel di sekolah-sekolah di Israel. Warga Arab Israel menuduh keputusan baru yang dibuat oleh Menteri Pendidikan Israel tersebut sebagai salah satu usaha menYahudisasikan Palestin dan berusaha merubah sejarah.

Menteri Pendidikan Israel, Gideon Saar juga mengumumkan bahawa kata “Nakba” akan dilarang dari buku-buku sekolah di seluruh wilayah pendudukan. Saar mengatakan bahawa keputusan tersebut diambil kerana sistem pendidikan Israel tidak mengizinkan adanya gagasan yang menyatakan berdirinya negara Israel sebagai “Nakba” (bencana) dan hal tersebut ditakutkan akan menjadi bibit-bibit ekstrimisme di kalangan Arab Israel.

Tindakan Israel ini telah membuatkan warga Arab Palestin marah dan mereka menuduh Israel cuba untuk menghapus identiti warga Palestin dengan mengambil beberapa langkah untuk melakukan “Yahudisasi” dalam silibus pelajaran di sekolah-sekolah Arab. Ada sekitar setengah juta pelajar Arab di Israel. (fq/abyeramuslim/fn)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts