Starbuck Asia Barat Hentikan 2000 Pekerja

Starbuck di Asia Barat telah mengambil keputusan sukar dengan menghentikan 2000 staf selepas mengalami kerugian besar akibat kempen boikot pro-Palestin sejaknya Israel menyerang Gaza pada 7 Oktober 2023.

Alshaya Group, pemegang rangkaian kedai kopi di rantau Asia Barat mengumumkan mengalami situasi dagangan mencabar dalam tempoh 6 bulan terakhir. Berjaya Food sebagai pemegang rangkaian di Malaysia turut mengesahkan mereka terkesan dengan kempen boikot di Malaysia

Peningkatan kempen boikot ini turut berlaku di AS. Pelanggan di AS turut menyertai kempen tersebut dengan memboikot jenama yang dianggap menyokong Israel.

Perkembangan yang membimbangkan, menyebabkan keputusan drastik perlu diambil untuk menjaga kepentingan syarikat.

Starbuck mengesahkan perniagaan mereka di rantai tersebut terjejas teruk. Situasi ini menimbulkan kebimbangan kepada para pekerja.

Tulisan : Kapsul Baitul Maqdis

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts