Pandangan: Zionis Bimbang Penentangan di Gaza Merebak Ke Tebing Barat

intifadahRAMALLAH, 5 Ogos 2014 (AlMonitor) — Ketika bermulanya kemasukan dan serangan darat tentera Zionis ke atas penduduk Gaza, rejim Zionis sangat bimbang dengan pertempuran yang terus berlaku di antara penduduk Palestin dan pihak keselamatan Zionis di Tebing Barat dan al-Quds. Bahkan serangan di Gaza adalah sangat berkaitan rapat dengan apa yang terjadi di Tebing Barat, iaitu kesinambungan kes penculikan dan pembunuhan tiga pemuda Yahudi di kawasan penempatan Etzion di Al-Khalil.

Penduduk Palestin di tebing Barat berbangga dengan kemampuan dan kehebatan mujahidin di Gaza menentang keganasan tentera Zionis yang serba lengkap. “Kalau itulah (kemampuan tentera) Zionis, kami juga tentu boleh bebaskan Jaffa, Acre dan Haifa,” kata seorang editor di stesen radio Palestin di sini.

Menurut laporan perisikan Shin Bet, enam orang Yahudi mati dan lebih 40 lagi tercedera dalam serangan bersendirian rakyat Palestin di Tebing Barat pada tahun 2013. Kejadian tersebut berterusan meningkat hingga sekarang, menyebabkan rejim Zionis bimbang terhadap arus kebangkitan di Tebing Barat yang boleh dikuatkan lagi dengan apa yang berlaku di Gaza. Maka timbullah perdebatan bahawa keganasan Zionis di Gaza akan mencetuskan gelombangan Intifadah Ketiga di Tebing Barat.

Penduduk Tebing Barat hidup dalam penuh tekanan daripada rejim Zionis dan pelampau peneroka Yahudi, seolah-olah tidak ada lagi jalan keluar daripada penjajahan. Mereka juga hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Palestin di Ramallah yang tidak mampu membawa sebarang perubahan.

Sebaliknya penentangan bersenjata para mujahidin di Gaza, sungguhpun membawa kepada jumlah korban dan kemusnahan yang begitu besar, kelihatan seperti satu-satunya jalan keluar bagi penduduk Palestin di Tebing Barat. Bahkan mereka amat faham bahawa kemusnahan seperti yang berlaku di Gaza boleh berlaku ke atas mereka pada bila-bila masa sahaja.

Bagaimana langkah Zionis untuk menghalang, atau setidak-tidaknya melambatkan, tercetusnya Intifadah Ketiga?

Sepertimana yang mereka lakukan beberapa bulan kebelakangan ini, semua ‘elemen Hamas’ dan perjuangan di Tebing Barat akan dikekang dan dihapuskan. Kaedah yang agak ‘natural’ adalah dengan menggunakan sepenuhnya kekuatan yang ada pada Palestinian Authority (PA) bagi menghalang timbulnya unsur penentangan di kalangan penduduk.

Zionis akan terus menghulurkan ‘sokongan dan bantuan’ kewangan kepada pentadbiran Mahmud Abbas dengan harapan beliau akan tetap berkuasa dan ‘bebas’ daripada ancaman kerajaan perpaduan yang mempunyai ‘elemen Hamas’ itu. Zionis dan PA akan sentiasa ‘mengingatkan’ warga Tebing Barat bahawa penentangan bersama Hamas akan hanya membawa kemusnahan seperti yang kita saksikan di Gaza.

Namun kezaliman dan jenayah kemanusiaan yang dilakukan oleh Zionis dan sekutunya adalah pemangkin sebenar kebangkitan penduduk di seluruh bumi Palestin. Tanpa kezaliman dan sifat perkauman melampau Zionis ini sudah tentu susah bagi Hamas mencari sebab untuk mengangkat senjata.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts