Qaradawi: Palestin adalah masalah utama bagi orang Islam

DOHA, 22 Ogos 2016 (Alray) — Ketua Kesatuan Ulamak Antarabangsa, Sheikh Yusuf al-Qaradawi, menegaskan pentingnya umat Islam menjadikan isu Palestin dan al-Quds sebagai masalah utama mereka.

Kenyataan Sheikh al-Qaradawi melalui laman Twitter beliau menyebut, “Di tengah-tengah perjuangan mereka untuk mendapat kebebasan dan mempertahan maruah, kaum Arab dan umat Islam tidak harus melupakan bahawa isu utama mereka adalah Palestin dan al-Quds.”

Menurut beliau, cubaan Yahudi untuk membakar Masjid al-Aqsa bukanlah satu-satunya permulaan kepada usaha untuk memusnahkan masjid suci itu. Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa al-Aqsa tidak akan dibiarkan musnah selagi mana kita hidup.

“Hak (ke atas al-Aqsa) tidak akan digadaikan, tetapi ditutut…. Apa yang dirampas akan diambil semula. Ia adalah satu fakta yang semulajadi, lojikal dan sah… kita tidak harus pertikaikannya walaupun sedetik.”

Semalam merupakan hari ulang tahun ke-47 peristiwa hitam pembakaran Masjid al-Aqsa. Peristiwa pada 21 Ogos 1969 itu memusnahkan sehingga 30% bangunan al-Aqsa, masjid ketiga paling suci selepas Masjid al-Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts