Kenali Pasukan Pejuang Palestin Yang Menghancurkan Angkatan Israel

Masyarakat Malaysia lebih mengenali Briged al-Qassam berbanding pasukan pejuang Palestin yang lain. Ini tidak pelik kerana Briged al-Qassam merupakan sayap kententeraan parti politik HAMAS yang popular di Gaza, Palestin.

Artikel kali ini akan memperincikan setiap unit pasukan pejuang Palestin. Kesatuan mereka ketika ini menggoncangkan musuh. Kita sendiri telah maklum pasukan tentera telah berundur daripada Gaza seperti Briged Golani milik IOF.

Lilitan hijau sinonim dengan Briged al-Qassam

Briged al-Qassam

Briged ini adalah sayap ketenteraan kepada HAMAS. Mereka mempunyai jumlah anggota terbesar dalam pasukan pejuang Palestin iaitu sekitar 35000-40,000 orang. al-Qassam mempunyai unit yang lengkap seperti pasukan komando, pasukan pertahanan udara, pertahanan siber, pasukan infantri dan pasukan perisikan.

Mereka dipimpin oleh Muhammad al-Deif, Yahya Sinwar dan dibantu oleh Marwan Issa selaku timbalan. Jurucakap briged ialah Abu Ubaidah.

Nama Briged diambil daripada Syeikh Izzuddin al-Qassam yang merupakan seorang pendakwah Islam di Syria.

Berbaju hitam dan tulisan kuning entiti Saraya al-Quds

Briged Saraya al-Quds

Mereka merupakan sayap ketenteraan Kumpulan Jihad Islam yang ditubuhkan pada 1981 dibawah nama Sword of Islam.

Pimpinan mereka ialah Ziyad al-Nakhaleh dan Abu Hamza sebagai jurucakap utama.

Briged ini aktif di Gaza, Jenin, Tubas , Ramallah, al-Khalil dan Lubnan. Kekuatan anggota sekitar 15000-20000 orang.

Mereka adalah unit utama dalam mempertahankan Tebing Barat daripada serangan penjajah zionis selain Briged Syahidin Fil Quds dari parti Fatah.

Lilitan hitam dengan tulisan putih

Briged Syahidin Fil Quds

Briged ini merupakan sayap ketenteraan parti Fatah yang ditubuhkan semasa intifada pertama. Mereka ini beroperasi bebas tanpa campur tangan parti Fatah dalam operasi tentera. Marwan Barghouti adalah pimpinan utama. Zakaria Zubeidi adalah timbalannya.

Mereka aktif di skeitar tebing Barat terutamanya Nablus, Balata, jenin, Tulkarm dan Beit Ummar.

Lilitan merah bertulisan putih adalah entiti Briged Abu Ali Mustafa

Briged Abu Ali Mustafa

Mereka ini merupakan sayap parti Marxist Popular Front Liberation of Palestin (PFLP). Nama asal ialah kumpulan helang merah atau red eagles sebelum ditukarkan kepada nama setiausaha agung PFLP yang dibunuh.

Briged ini dipimpin oleh Ahmed Sa’adat dan Abu Jamal sebagai jurucakap pasukan.

Kawasan aktif operasi di kem Bethelem terutama kem Dheisheh dan al-Bireh di Gaza. Briged ini kerap menyusup ke kawasan haram Israel dan melakukan kekecohan.

Operasi popular pasukan ini ialah membunuh Menteri Pelancongan Regim iaitu Ze’evi pada 17 Oktober 2001 semasa intifada kedua.

Briged Omar al-Qasim

Briged ini merupakan sayap ketenteraan parti Marxist Democrativ Front Liberation of Palestine. Sebelum ini kenali sebagai Briged Penentang Kebangsaan pada tahun 2000.

Mereka dipimpin oleh Ayman al-Bahdari dan timbalannya, Raed Nazzal. Abu Khaled sebagai jurucakapnya. Mereka aktif di Tebing Barat.

Briged Mujahidin

Mereka merupakan sayap ketenteraan pergerakan mujahidin di Palestin. Pergerakan mereka sangat rahsia. Anggaran kekuaran sekitar 10000 tentera.

Pimpinan mereka ialah Dr As’ad Abu Shari’a selaku setiausaha pergerakan mujahidn dan dibantu oleh Abu Bilal sebagai jurucakap.

Mereka aktif di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.

Unit Rusuhan Malam

Mereka terdiri daripada pemuda Palestin yang bertindak sendiri menentang IOF. Senjata kebiasaaan ialah molotov dan bahan letupan buatan sendiri.

Ditubuhkan sekitar 2018 dan membantu mengelirukan iron dome semasa perang Saif al-Quds 2021.

Mereka ini terlibar mempertahankan Beita pada perang Saif al-Aqds dan aktif di Nablus, Ramallah, Tebing Barat.

Lilitan warna putih dan tulisan hitam entiti Lions Den

Lions Den

Mereka ini merupakan kumpulan termuda dalam Pasukan Pejuang Palestin. Ditubuhkan lewat 2022 dengan kenggotaan terdiri daripada rakyat Palestin yang mahu mengangkat senjata dibawah satu panji tetapi tidak menyertai anggota Pasukan Pejuang Palestin yang lain.

Mereka dipimpin oleh Abdelrahman Soboh.

Mereka aktif di Bandar Lama Nablus, Kejiranan Al Yasmina dan Kem Pelarian Balata

Mereka kerap mengganggu operasi penguatkuasaan tentera dan polis Israel di Tebing Barat menyebabkan ramai anggota mereka diletakkan dalam senarai paling dikehendaki IOF.

Briged al-Ayyash

Diambil sempena nama Jurutera Hamas, Yahya Ayyash. Tidak banyak yang diketahui mengenai mereka. Mereka aktif di Jenin, Tebing Barat dan melancarkan operasi mengganggu sebarang tangkapan yang dijalankan IDF

Briged Jihad Jibril

Mereka ini dibawah Sayap Parti PFLP-CG Palestin atau serpihan dari Parti PFLP yang ditubuhkan pada 1969.

Mereka terlibat dalam Perang Saudara Syria bersama pihak Tentera Bashar Al Assad menentang ISIS dan Free Syrian Army dan bergaul rapat dengan Hizbullah.

Kini bergabung dengan Briged Seraya Al Quds untuk mempertahankan Gaza dan Tebing Barat.

Briged Nasser Salah Ad Din

Ditubuhkan pada tahun 2000 oleh Jamal Abu Samhadana sebagai tindak balas untuk menghadapi Intifada Kedua (28 September 2000-8 Februari 2005). Briged ini mempunyai hubungan rapat dengan Iran dan Hizbullah.

Mereka aktif di Semenanjung Gaza tetapi turut mempunyai pasukan di Tebing Barat.

Merekalah yang terlibat dalam penculikan popular anggota Tentera Israel, Gilad Shalit yang membawa kepada pertukaran tawanan antara Gilad seorang dengan pembebasan 1000 tawanan Palestin.

Tulisan : Kapsul Baitul Maqdis

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts